Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Portal Pembelian Emas Online SaudagarEmas, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan dilaman web ini. Sekiranya anda mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda dan merupakan satu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan kami, bagi akses dan / atau penggunaan laman web ini.

Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses menerusi laman web ini sebelumnya. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat semasa ini.

Hak Cipta

Laman web ini dan semua isi kandungannya adalah dibawah perlindungan akta hak cipta tidak ada mana-mana bahagian daripadanya yang boleh digunapakai tanpa kebenaran bertulis dari pihak pengurusan SaudagarEmas.

Pembelian Dalam Talian

Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembelian dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembelian online di laman web ini anda secara langsung menerima terma ini. Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukakan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini. Semua pembelian adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  1. SaudagarEmas tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran pembelian yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh pembekal kad kredit / debit anda bagi apa-apa sebab.
  2. Jika pembekal kad kredit / debit menolak pembayaran anda, SaudagarEmas tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan bank / kredit / debit kad pembekal anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.
  3. SaudagarEmas, dalam apa jua keadaan akan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kerugian yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan laman web ini, mana-mana laman web yang dikaitkan dengan laman web ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat di mana-mana atau semua laman-laman tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada atau tidak dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.
  4. Bayaran anda akan diterima oleh akaun agensi yang anda membuat pembayaran pada hari yang sama.

Pesanan

Dengan melengkapkan serta menghantar borang pesanan elektronik, anda dianggap telah menawarkan untuk membeli produk tersebut yang mana jika tawaran tersebut diterima oleh pihak kami, maka ianya dikira sebagai sebuah kontrak yang sah. Untuk makluman anda, produk tidak akan dihantar selagi kami tidak menerima pengesahan dari institusi kewangan yang anda gunakan untuk membuat pembayaran. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawan sekiranya berlaku kelewatan dan pihak kami tidak akan menerima pesanan anda sekiranya tidak menerima sebarang pengesahan pembayaran.

Langkah yang dinyatakan dibawah perlu dipatuhi untuk memastikan kontrak yang dibuat antara anda dan pihak syarikat adalah sah.

Selepas anda membuat pesanan:

Anda akan menerima satu e-mail untuk mengesahkan pesanan anda. Email tersebut akan mengesahkan produk yang dipesan tetapi tidak membawa maksud bahawa pesanan anda telah diterima. Anda akan di bawa ke laman pihak ketiga untuk melengkapkan pesanan.

Kami tidak semestinya perlu untuk menerima pesanan anda, dan sebagai contoh, kami tidak akan menerima pesanan anda sekiranya:

  1. Kami tidak memiliki stok untuk produk tersebut
  2. Pembayaran ditolak
  3. Terdapat kesilapan pada laman web kami berkaitan harga atau deskripsi produk
  4. Anda telah membatalkan pesanan

Kami berhak menolak mana-mana pesanan yang kami rasakan perlu.

Anda akan menerima pengesahan pembelian anda pada skrin anda selepas anda membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah selesai (Berjaya) untuk rekod anda sendiri.

Pemulangan Produk Selepas Penghantaran

Kesemua produk yang terjual melalui website SaudagarEmas adalah dengan jaminan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk dan merasakan yang anda mungkin layak untuk pemulangan atau bayaran balik, sila hubungi khidmat pelanggan SaudagarEmas dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.

Harga dan Pembayaran

Harga yang terdapat dalam web adalah dalam Ringgit Malaysia, dan bayaran hanya boleh diterima dalam Ringgit Malaysia sahaja. Kos pembungkusan dan penghantaran, sekiranya ada, akan ditambah terus ke dalam jumlah keseluruhan pembelian.

Kami sedaya upaya akan memastikan stok semua produk yang ada di web kami adalah tersedia pada harga yang dipaparkan, namun tidak dapat menjamin keadaan ini sentiasa berterusan. Jika produk yang anda pesan sudah tiada di dalam stok, kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin.

Harga yang anda bayar adalah harga produk yang dipaparkan pada masa pembelian dibuat, walaupun harga tersebut berubah pada masa lain.

Kad yang digunakan untuk pembayaran akan di debit untuk pada masa anda membuat pesanan. Dengan membuat pesanan secara atas talian dengan SaudagarEmas, anda telah bersetuju untuk tidak akan meminta yuran caj balik (charge back fees) atau pembayaran balik ke atas mana-mana pembayaran yang telah dibuat untuk pesanan anda, dan tiada pertikaian boleh dibuat terhadap SaudagarEmas. Malah, anda bersetuju untuk berhubung terus dengan SaudagarEmas untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau untuk mendapatkan pulangan wang kembali.

Jika terdapat promosi yang menyatakan pengurangan harga pada produk, contohnya: pengurangan separuh harga, diskaun akan dikira sewaktu semakan (check out)

Apabila terdapat tawaran yang menyatakan bahawa sesuatu produk itu telah dikurangkan harganya, contoh: separuh harga, penjimatan diskaun akan dikira pada waktu semakan (check out) sebelum apa-apa caj penghantaran dikenakan.

Maklumat Penghantaran


Sila rujuk laman web individu produk untuk mendapatkan maklumat tentang kos penghantaran jika ada.

Untuk produk yang memerlukan penghantaran melalui kapal laut, kami akan menghantar satu email notifikasi untuk menyatakan pesanan anda telah dihantar.

Keselamatan

Semua butir-butir pembelian yang dimasukkan melalui gerbang pembayaran adalah disulitkan (encrypted) apabila anda, atau pengguna pihak ketiga membuat pembayaran. Komunikasi dari tapak dan juga ke pembekal perkhidmatan adalah disulitkan.

SaudagarEmas tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh pengguna dalam talian atau pihak ketiga dalam membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin mereka daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian atau berkenaan dengan apa-apa peninggalan maklumat yang tepat dalam masa proses pembayaran dalam talian.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa SaudagarEmas tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada :

  1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; dan
  5. apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

SaudagarEmas boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.

SaudagarEmas juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan

SeaudagarEmas berhak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web ini atau dalam keadaan di luar kawalan, di laman web ini mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda.

Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan anda mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini, anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan

SaudagarEmas berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa SaudagarEmas tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Jika mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.