Pogram Saudagar Emas diwujudkan bagi membuka peluang kepada usahwan berskala kecil dan sederhana di Malaysia untuk menceburi bidang perniagaan jual beli emas secara onlie. Umum tahu bahawa sejak sekian lama bidang jual beli emas ini hanya boleh diceburi oleh golongan yang mempunyai sumber kewangan yang banyak serta kukuh sahaja. Tidak ramai yang mempunyai cukup modal untuk bersaing dalam bidang ini menyebabkan bidang jual beli emas kini dimonopoli oleh sesetengah golongan sahaja. Namun disebabkan oleh pembelian emas ini menguntungkan, ada sesetengah pihak sanggup membeli emas bagi tujuan pelaburan. Dan sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa emas adalah unsur pelaburan terbaik sejak dari dulu menyebabkan ramai yang sanggup merantau jauh untuk mencari emas pada harga yang murah untuk dijadikan aset.

Program Saudagar Emas dirangka setelah meneliti permasalahan jual beli emas di Malaysia. Dengan tujuan menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada, beberapa kaedah telah dirangka bagi memudahkan ahli program saudagar emas mengaut keuntungan maksimum hasil dari proses jual beli emas ini.

Kaedah pertama, Program Saudagar Emas telah bersetuju untuk menetapkan harga kilang atau harga borong buat ahli-ahli yang menyertai Program Saudagar Emas. Ini bermaksud, setiap ahli akan dapat membeli emas pada harga kilang dan dapat menjualnya balik pada harga pasaran untuk mendapatkan keuntungan. Perlu diingat bahawa untuk pembeli individu mendapatkan harga kilang bukanlah satu perkara yang mudah malah mustahil. Harga kilang kebiasaannya hanya diberikan kepada kedai-kedai emas yang kebiasaannya membeli 4 ke 5 kilogram emas sahaja. Jika dikira jumlah yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan harga kilang, anda perlu mengeluarkan jutaan ringgit dan ianya sangat berisiko tinggi untuk peniaga yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Namun dengan menyertai Progran Saudagar Emas - kesemua ahli dijamin dapat membeli emas dengan Saudagar Emas pada harga kilang pada bila-bila masa. Lebih baik lagi, ahli tidak perlu membayar jutaan ringgit untuk menjadi ahli. Hanya dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM550, keahlian Saudagar Emas adalah seumur hidup.

Kaedah kedua, Program ini turut menyediakan Profail Perniagaan Digital yang lengkap dengan katalog dan kaedah pembayaran secara atas talian untuk memudahkan ahli-ahli menjual emas kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Trend terkini menunjukkan bahawa ramai yang mula berniaga emas di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Namun ianya kurang mendapat sambutan kerana pelanggan bimbang akan keselamatan transaksi tersebut. Ditambah pula dengan pilihan barangan yang sedikit pada katalog, menyebabkan ramai yang lebih rela berkunjung ke kedai untuk membeli barang kemas idaman mereka. Dengan menyertai Program Saudagar Emas ini, setiap ahli yang mendapat Profail Perniagaan Digital, akan mendapat juga katalog yang mempunyai lebih 1000 barang kemas yang boleh ditawarkan kepada pelanggan yang berminat pada bila-bila masa. Hanya dengan mempamerkan Profail Perniagaan Digital yang disediakan oleh Program Saudagar Emas, setiap ahli secara tidak langsung telah menjadi kedai emas bergerak dalam sekelip mata!

Ahli-ahli juga akan dibekalkan dengan Kad Bisnes QR Code yang mana kad-kad bisnes ini akan dicetak dengan QR code unik milik mereka sendiri. Jika pelanggan melakukan imbasan pada kod tersebut, secara automatik pelanggan akan dibawa ke rofail Perniagaan Digital yang mengandungi katalog yang terdapat koleksi lebih 1000 barang kemas didalamnya. Lebih menarik lagi, jika pelanggan tersebut melakukan pembelian melalui katalog yang ada pada Profail Perniagaan Ahli, ahli tersebut akan menjana keuntungan runcit per gram hasil dari pembelian emas secara online itu tadi. Secara tidak langsung, kad bisnes QR Code itu juga akan berfungsi sebagai brochure untuk ahli-ahli memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai.

Tidak cukup dengan itu, Program Saudagar Emas memberi satu lagi cabang pendapatan buat ahli-ahli yang menyertai program ini melalui kaedah seterusnya. Selain dari mendapat keuntungan dari proses jual jual beli, Program ini juga akan memberi bonus kepada ahli-ahli yang memperkenalkan ahli baru. Melalui Bonus Pengenalan Ahli, setiap ahli yang memperkenalkan ahli lain akan mendapat bonus berjumlah RM200* untuk setiap ahli baru yang diperkenalkan. Malah bagi ahli-ahli yang telah diperkenalkan dan kemudiannya memperkenalkan ahli baru, ahli akan menerima lagi bonus RM15* untuk setiap ahli baru yang diperkenalkan selama sepuluh peringkat. Semua kelebihan diatas akan anda perolehi ini hanya dengan menjadi ahli Program Saudagar Emas yang mana yurannya hanya berjumlah RM550 sahaja seumur hidup. Bagi yang berminat, bolehlah klik butang pendaftaran dibawah dan pihak kami akan menelefon anda untuk penerangan lebih lanjut.